Thursday 21 April 2011

Bermula



1. Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
2. Tentang berita Yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
3. Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
4. Jangan! (janganlah mereka bersikap demikian!) mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
5. Sekali lagi Jangan! (janganlah mereka berselisihan!) mereka akan mengetahui kelak (tentang apa Yang akan menimpa mereka).
6. (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang Yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
7. Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
8. Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
9. Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
10. Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
11. Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?
12. Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) Yang kuat kukuh?
13. Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu Yang terang-benderang cahayanya?
14. Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) Yang mencurah-curah, -
15. Untuk Kami mengeluarkan Dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -
16. Serta kebun-kebun Yang subur bertaut-taut pokoknya?
17. Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa Yang ditentukan,
18. Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke padang Mahsyar);
19. Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu Yang terbuka luas,
20. Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
21. Sesungguhnya neraka jahannam adalah disediakan -
22. Untuk orang-orang Yang melampaui batas hukum tuhan, sebagai tempat kembalinya.
23. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
24. Mereka tidak dapat merasai udara Yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
25. Kecuali air panas Yang menggelegak, dan air danur Yang mengalir, -
26. Sebagai balasan Yang sesuai (dengan amal mereka Yang buruk).
27. Kerana Sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
28. Dan mereka telah mendustakan Dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan kami;
29. Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
30. (setelah mereka masuk ke Dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat kami) maka rasalah kamu (azab Yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".
31. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa Yang mereka ingini.
32. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
33. Dan perawan-perawan Yang sebaya umurnya;
34. Serta piala atau gelas Yang penuh Dengan minuman;
35. Mereka tidak mendengar di Dalam syurga itu perkataan Yang sia-sia, dan tiada pula perkataan Yang dusta;
36. Sebagai balasan dari Tuhanmu, Iaitu satu limpah kurnia Yang dikira cukup (menurut Yang dijanjikanNya),
37. Tuhan Yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa Yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi Kuasa berkata-kata dengannya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);
38. (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat Yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada Yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan Yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
39. Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) Yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa Yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal Yang soleh)!
40. Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan Yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab Yang dekat (Masa datangnya), - Iaitu hari seseorang melihat apa Yang telah diusahakannya; dan orang Yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau Aku menjadi tanah (supaya Aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".


Tuesday 29 March 2011

inilah kehidupan, perlukan pedoman


Al-quran adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad saw melalui Jibrail bertujuan untuk pedoman umat manusia kepada jalan yang diredhai. Diredhai….. diredhai…. Hmmm… Adakah bermakna diredhai akan menguntungkan Allah? Tentu sekali TIDAK. Sekali lagi, tentu sekali tidak. Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menciptakan kita tidak akan tereffect langsung, walaupun sedikit sekiranya semua kita menyembah Allah dan mengikuti peraturannya. Begitu juga disebaliknya. Walaupun semua orang tidak menyembah Allah, Allah juga tidak akan berkurang kekuasaan-Nya.


                Maka, apakah tujuannya Allah menyusun sistem kehidupan yang lengkap ini? Jika kita memerhatikan sejarah manusia, ianya adalah sejarah perang. Baik nilai bangsa, kaum, duit, tanah dan sebagainya, namun inilah sebab mereka bertarung. Kelihatan mereka ini adalah bodoh dan tidak mengetahui jalan untuk hidup. Ibarat dua anak kecil bergaduh kerana gula-gula berharga 5 sen. 

 (kanak-kanak adalah berdasarkan asas pendidikannya)


                Kita katakan, dua anak kecil ini mesti dididik oleh orang dewasa mengajar nilai kehidupan bahawa 5 sen gula-gula itu tidak ada nilai langsung jika di bandingkan erti persahabatan. Kemudian, terlerailah pergaduhan dan bermulalah bibit persahabatan di antara dua anak kecil ini; hasil tangan orang yang lebih mengenali nilai kehidupan.


                Namun, siapakah yang akan meleraikan perkelahian antara dua puak, dua kaum dan sebagainya. Dunia juga telah menjadi bukti bahawa zaman moden atau abad ke 20 yang lepas telah terjadi perang dunia setelah kejatuhan tamadun islam. Alasannya, merekalah yang paling layak memimpin dunia dengan alasan kebangsaan. Bangsa merekalah yang paling sempurna untuk mengajar manusia bangsa lain untuk hidup. Padahal, mereka itu bak kata pepatah melayu versi edited, ada udang di sebalik laksa Sarawak. (btw laksa Sarawak sedap)


                Allah menurunkan Al-Quran untuk tujuan itu. Jangan ditanya lagi apakah itu. Menyusun kehidupan manusia untuk bernyawa dalam sistem kehidupan manusia. Namun, apa logik nya, sebuah buku yang disusun di atas rak biasa boleh menyelesaikan masalah ini.


                Dunia sekarang ini, mungkin tidak menyaksikan peperangan berbentuk tangan dan fizikal. Tetapi Peperangan zaman ini adalah mereka mengelabui sistem kehidupan yang disusun oleh Allah dalam al-quran dengan semangat nasionalisme, sekulerisme dan sebagainya. Contohnya Malaysia, melayu, cina dan india… Yang menganut agama sebagai muslim, kristian atau budha, di satukan di bawah naungan bendera jalur gemilang. Jadi, manakah fungsi Islam? Bukan menyalahkan sesiapa, tetapi inilah peperangan yang di gelar peperangan minda (psycho war) oleh tentera musuh islam baik dari blok timur ataupun blok barat.




                Lagilah kita akan tension memikirkan, apa la guna buku ini? Buku bernama al-quran.. tujuan, untuk pedoman hidup…


                Teliti kata-kata simple ini:


“Daripada debu dan tanah, sehebat manusia di dunia ini, akan memikirkan penciptaan seperti empangan yang luas untuk menahan air sungai yang deras. Akan tetapi dengan kebijaksanaan Allah, Allah mampu mencipta daripada debu dan tanah yang sama mencipta manusia yang mempunyai kehidupan dan kehendak, iaitu mencipta kepada pencipta empangan.”
           empangan tarbela, empangan tanah terbesar di dunia


“Begitu juga, dengan tulisan dan kata-kata, manusia mampu menulis syair yang puitis; mampu mengagumi kebanyakan manusia. Dengan tulisan dan kata-kata yang sama, Allah mewahyukan penyusunan tulisan dan kata-kata untuk semua manusia”

Maka, apakah nilaian Quran bagi anda?






Saturday 12 March 2011

Mukjizat......!!!

"Aku memiliki anak buah, segak, tampan, mempunyai keperibadian yang tinggi.. macam aku jugak... Semakin hari semakin matang. Tahun demi tahun silih berganti, dia semakin matang dan sangat berpengaruh di kalangan masyarakat. Pelbagai lapisan masyarakat memuji perwatakan anak buah ku yang suka menolong orang; seorang yang terpecaya. Tidak penat aku mendidik anak buah ku untuk menjadi orang yang berguna."


"Tetiba pada suatu hari, anak buah ku mengetuk pintu rumah ku... Dengan yakin dan jelas, kelihatan wajah nya memang berbeza dengan hari-hari yang sebelum nya dia datang ke rumah ku. Dia berkata dia menjumpai malaikat jibrail dan mendapat wahyu dan apa yang dikatakannya adalah benar. Dan sekarang dia hendak aku; pak cik yang selama ini mendidik dia, untuk mengikuti dia dan dia akan mengajarkan aku wahyu"




Secara waras, andaikata kita lah yang menjadi pak cik kepada anak buah tersebut. Secara automatic nya kita akan reject sambil menutup muka malu menyangka anak buah kita ini GILA. Inilah keadaan abu Jahal ketika menanggapi anak buahnya, Muhammad. Mungkin dulu kita kutuk, keji orang seperti Abu Jahal kerana berani mengatakan Muhammad gila dan sebagainya. Jika kita berada di atas kasut Abu Jahal, kita belum tentu menerima anak buah kita ini sebagai nabi, malah waras sekalipun.


Allah, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui, sudah pasti Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba Nya yang terpilih. Allah, tidak semata-mata menghantar perutusan Jibrail sahaja untuk para Rasul dalan menyampaikan "bebanan" wahyu ini kepada ummatnya. Allah, mengurniakan juga para rasul dengan mukjizat.


Maka, di sini mukjizat....... MUKJIZAT adalah bukti bahawa apa yang disampaikan oleh para Rasul ini benar... tadabbur kembali dalam Quran, bagaimana kisah ahli sihir di era Nabi Musa menganut Islam kerana kehebatan mereka dalam sihir di kalahkan oleh mukjizat nabi musa. Seperti, pakar cancer yang belajar 5 tahun dalam bidang kedoktoran dan kemudian mengambil kepakaran cancer dan tetiba datang seorang biasa, mengubati cancer dengan hanya menyentuh bahagian tertentu. Sudah pasti doktor yang pakar itu mengesahkan ini bukan ilmu kedoktoran. Dengan perumpamaan ini, islam lah ahli sihir zaman firaun tersebut.


Akan tetapi, mukjizat adalah sesuatu yang amazing....! Berbanding dengan mukjizat nabi Musa.. belah laut dan sebagainya.. Nabi Isa.. sembuh penyakit dan malah menghidupkan orang mati....ultimate mukjizat, iaitu Quran hanyalah sebuah buku yang disusun tempat tertinggi sekali..... apa hebatnya al-Quran? Hmmmmm