Ramai yang menyaksikan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah berpunca daripada gaya hidup barat. Namun tidak ramai yang sedar bahawa di negara eropah atau negara orang kulit putih ini juga mempunyai peratusan yang lebih ramai bertukar status matlamat hidup mereka kepada syahadatain berbanding mana-mana kawasan negara lain di dunia.
Malah nilai kemuslimannya jauh lebih berkualiti berbanding kehidupan kemusliman kita. Kesungguhan mereka untuk mempelajari bahasa al-quran sebagai contoh sudah pasti dikagumi oleh semua orang yang membaca al-quran untuk.... ya.... mendapat pahala.. tapi tanpa memahami makna ayat tersebut.
Situasi ini seperti seorang doktor yang mengubati kita dan memberi senarai ubat yang sepatutnya kita makan. Akan tetapi kita membaca senarai ubat tersebut dengan suara merdu. Namun ini hanyalah perumpamaan sahaja. Tidaklah salah kita membaca al-Quran dengan suara yang merdu, tetapi adalah lebih penting untuk kita memahami al-quran dan mempraktikkan dalam hidup kita.
Al-Quran adalah nasihat yang paling munasabah dalam kehidupan kita seharian. Bukan mantera untuk menghalau hantu dan jin. Ia membina jiwa yang teguh pendirian terhadap kewujudan Allah Yang Maha Mengurus kehidupan kita serta melindungi kehidupan kita. Ia adalah satu ibadah yang harus di jalankan setiap hari.

Perhatikan nasihat Rasulullah, untuk kita sekurang-kurangnya membaca al-Quran 1 juz setiap hari. Kerana al-Quran adalah bekalan yang sangat diperlukan oleh kita setiap hari...