بسم الله الرحمن الرحيم
(sebagai hiasan semata-mata)
Pengenalan Juz amma
Juz 30 di gelar juz عَمَّ kerana permulaan surah an-naba' (النباء) bermula dengan perkataan tersebut. Untuk kita dapat menghayati bentuk dan perbincangan juz ini, perkara yang penting untuk kita tahu adalah "penonton" surah an-naba'.
Kita sering baca al-Quran. Al-Quran yang menjadi mukjizat Rasulullah saw paling agung. Keagungannya melebihi segala mukjizat yang ada pada Rasulullah saw sendiri, malah segala mukjizat rasul-rasul yang terdahulu.
Namun bila difikirkan kembali, marilah kita fikirkan sejenak dengan mendalam, kenapa seorang rasul diberi mukjizat dan kenapa mukjizat rasulullah saw lebih hebat berbanding kehebatan mukjizat nabi musa yang mampu membelah laut; tidak mampu dicapai oleh teknologi mana-mana pun di dunia ini, di zaman ini dan zaman yang kan mendatang. Al-Quran hanyalah sebuah kitab yang dimuliakan, diletakkan di atas rak-rak buku di tingkat yang tertinggi (malah disimpan terus untuk hiasan si "muslim") lebih hebat berbanding mukjizat nabi Musa? hmmm.....
Sebagai tugasan kita bersama, Insha-Allah... Mari study balik, apa tujuan mukjizat kepada umat rasul tersebut dan al-Quran; kenapa mukjizat yang paling agung?