Tuesday 29 March 2011

inilah kehidupan, perlukan pedoman


Al-quran adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad saw melalui Jibrail bertujuan untuk pedoman umat manusia kepada jalan yang diredhai. Diredhai….. diredhai…. Hmmm… Adakah bermakna diredhai akan menguntungkan Allah? Tentu sekali TIDAK. Sekali lagi, tentu sekali tidak. Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menciptakan kita tidak akan tereffect langsung, walaupun sedikit sekiranya semua kita menyembah Allah dan mengikuti peraturannya. Begitu juga disebaliknya. Walaupun semua orang tidak menyembah Allah, Allah juga tidak akan berkurang kekuasaan-Nya.


                Maka, apakah tujuannya Allah menyusun sistem kehidupan yang lengkap ini? Jika kita memerhatikan sejarah manusia, ianya adalah sejarah perang. Baik nilai bangsa, kaum, duit, tanah dan sebagainya, namun inilah sebab mereka bertarung. Kelihatan mereka ini adalah bodoh dan tidak mengetahui jalan untuk hidup. Ibarat dua anak kecil bergaduh kerana gula-gula berharga 5 sen. 

 (kanak-kanak adalah berdasarkan asas pendidikannya)


                Kita katakan, dua anak kecil ini mesti dididik oleh orang dewasa mengajar nilai kehidupan bahawa 5 sen gula-gula itu tidak ada nilai langsung jika di bandingkan erti persahabatan. Kemudian, terlerailah pergaduhan dan bermulalah bibit persahabatan di antara dua anak kecil ini; hasil tangan orang yang lebih mengenali nilai kehidupan.


                Namun, siapakah yang akan meleraikan perkelahian antara dua puak, dua kaum dan sebagainya. Dunia juga telah menjadi bukti bahawa zaman moden atau abad ke 20 yang lepas telah terjadi perang dunia setelah kejatuhan tamadun islam. Alasannya, merekalah yang paling layak memimpin dunia dengan alasan kebangsaan. Bangsa merekalah yang paling sempurna untuk mengajar manusia bangsa lain untuk hidup. Padahal, mereka itu bak kata pepatah melayu versi edited, ada udang di sebalik laksa Sarawak. (btw laksa Sarawak sedap)


                Allah menurunkan Al-Quran untuk tujuan itu. Jangan ditanya lagi apakah itu. Menyusun kehidupan manusia untuk bernyawa dalam sistem kehidupan manusia. Namun, apa logik nya, sebuah buku yang disusun di atas rak biasa boleh menyelesaikan masalah ini.


                Dunia sekarang ini, mungkin tidak menyaksikan peperangan berbentuk tangan dan fizikal. Tetapi Peperangan zaman ini adalah mereka mengelabui sistem kehidupan yang disusun oleh Allah dalam al-quran dengan semangat nasionalisme, sekulerisme dan sebagainya. Contohnya Malaysia, melayu, cina dan india… Yang menganut agama sebagai muslim, kristian atau budha, di satukan di bawah naungan bendera jalur gemilang. Jadi, manakah fungsi Islam? Bukan menyalahkan sesiapa, tetapi inilah peperangan yang di gelar peperangan minda (psycho war) oleh tentera musuh islam baik dari blok timur ataupun blok barat.




                Lagilah kita akan tension memikirkan, apa la guna buku ini? Buku bernama al-quran.. tujuan, untuk pedoman hidup…


                Teliti kata-kata simple ini:


“Daripada debu dan tanah, sehebat manusia di dunia ini, akan memikirkan penciptaan seperti empangan yang luas untuk menahan air sungai yang deras. Akan tetapi dengan kebijaksanaan Allah, Allah mampu mencipta daripada debu dan tanah yang sama mencipta manusia yang mempunyai kehidupan dan kehendak, iaitu mencipta kepada pencipta empangan.”
           empangan tarbela, empangan tanah terbesar di dunia


“Begitu juga, dengan tulisan dan kata-kata, manusia mampu menulis syair yang puitis; mampu mengagumi kebanyakan manusia. Dengan tulisan dan kata-kata yang sama, Allah mewahyukan penyusunan tulisan dan kata-kata untuk semua manusia”

Maka, apakah nilaian Quran bagi anda?