Thursday, 10 March 2011

magic dalam islam

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya mukjizat? Berbincang mengenai mukjizat, sudah pasti ianya menyentuh peribadi seorang nabi dan rasul. Pasti mereka akan tertunggu-tunggu cerita tentang keajaiban itu dan ini tentang mereka. Sebelum menyentuh mengenai mukjizat, penting juga untuk kita mengetahui keajaiban yang lain.


Bila dikaitkan dengan perkara-perkara ajaib seperti mampu berjalan di atas air dengan baca بسم الله, sudah pasti dikaitkan dengan para wali. Wali tanpa di nafikan adalah untuk kita sayangi dan kasihi malah untuk di contohi. Tetapi malangnya tidak ramai pun yang memahami erti wali. Wali, bila diketengahkan, pasti kita akan terbayang abdul qadir jailani,rabiatul adawiyyah atau wali songo.


Sudah pasti, kita harus jelas tentang ini semua. Namun, sebelum memahami WALI, ada beberapa keajaiban yang terdapat pada manusia atau boleh kita kata dengan perkataan moden sebagai magic. Magic dalam islam boleh dikategorikan kepada 5.


(hiasan)


  1. SIHIR-sihir adalah magic yang boleh dipelajari namun ia adalah bertentangan dengan ajaran Quran dan Sunnah. penjelasan ini boleh kita baca dalam surah al-baqarah ayat 102.
  2. KERAMAT-untuk para wali (kita akan bincang dengan mendalam)
  3. ISTIDRAJ-magic yang Allah "kurniakan" untuk menyesatkan lagi orang yang sesat
  4. IRHASNI-magic yang deperolehi oleh para nabi tetapi sebelum menjadi nabi-(nabi belah dada waktu kecik etc)
  5. MUKJIZAT-perbincangan akan datang
Perlu difahami di sini, bahawa terdapat persamaan antara bagaimana terjadinya Keramat dan istidraj, cuma keramat untuk para wali, dan istidraj adalah orang yang sesat. Untuk lebih mudah memahami, kenapa sihir dan istidraj di bezakan padahal kedua-duanya adalah untuk orang yang sesat.

Sihir boleh dipelajari, manakala istidraj tidak. Namun, baik sihir mahupun istidraj, kedua-duanya adalah untuk orang yang jahat. Maka, istidraj adalah magic tanpa dipelajari dan orang tersebut tidak tahu bila magic tersebut akan berlaku. Tujuan Allah "mengurniakan" istidraj adalah untuk menyesatkan lagi orang yang sedia tersesat.

KERAMAT adalah untuk para wali. Berlaku seperti istidraj iaitu tidak dipelajari dan tidak tahu bila akan terjadi. Atau dengan kata lain, para wali tidak berniat pun magic tersebut akan berlaku.


Namun sapakah WALI? Dalam surah yunus ayat yang ke 62-63.

أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (٦٢)الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (٦٣)
62. Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
63. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang Yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.


Maka, makna wali Allah adalah orang yang beriman dan sentiasa bertakwa. Dan keramat adalah untuk para wali. Kita boleh simpulkan seperti ayat di bawah ini


RAMAI WALI TIDAK ADA KERAMAT. TETAPI TIDAK SEMESTINYA TIDAK MEMILIKI KERAMAT, BUKAN WALI. 


NAMUN, SEKIRANYA DIA MEMILIKI KERAMAT, SUDAH SEMESTINYA DIA ADALAH WALI.

 Sekarang kita harus faham bahawa sekiranya kita berbincang tentang para wali, orang yang pertama yang sepatutnya terbayang di dalam pemikiran kita adalah para sahabat terutamanya Abu Bakr. Ini kerana memepati makna wali iaitu seperti dalam surah yunus di atas. Ingat, wali bukan berkaitan dengan magic mereka, tetapi yang harus menjadi keutamaan adalah IMAN dan TAQWA mereka.